Sultan Yang Berani! Siapa? Meh tengok video & baca ni





Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Constantinople(kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)




-Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M
-Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad.
-Ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Constantinople pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

-Kenapa Constantinople?kerana negara itu begitu  strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya -  “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”

-Kota Constantinople yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.

-Sebelum itu Kota Constantinople pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Constantinople akan ditawan oleh orang Islam.

-Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan.

-Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Constantinople, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

-Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.

-Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

-Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat  wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

- Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.


- Tentera Islam tiba di Constantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.


 -Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

-Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

-Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya.
-Sultan Muhammad Al Fateh telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.




Comments

Popular posts from this blog

Tempat Beli Barang Kahwin

Cara tukar nama TNB, SYABAS ,Cukai Pintu & IWK rumah

Beli Tiket Bas di TBS Online Ticketing & TBS(Terminal Bersepadu Selatan)